Ujian itu tanda kerinduan Tuhan pada
insan...
Insan mana yang tidak pernah diuji...
Ada yang diuji dengan kesusahan..
Ada yang diuji dengan kesakitan..
Ada yang diuji dengan kehilangan..
Ada yang diuji dengan kematian...
Namun Allah telah berjanji...
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا
كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Allah tidak memberati ( menguji )
seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….
(al-Baqarah 286)
Suatu ketika... pembacaanku
terhenti...tertacap pada satu matan hadis yang membuatkanku sebak sendiri...
Mafhumnya...
"Ketika Allah merindui
hambanya,Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril
yang mana isinya adalah ujian.Dalam hadis Qudsi Allah berfirman "pergilah
pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku terlalu ingin
mendengar rintihannya..."
Ingatanku singgah pada dua orang
sahabat sekuliah yang baru sahaja menempuh alam yang indah, disatukan dalam ikatan perkahwinan yang suci, namun mereka telah diuji Illahi... Kak Aunie Wajihah dan Rabbani...
keduanya telah terlibat dalam kemalangan di Johor.. berita itu mengejutkan kami
semua...
Risau...
Gusar...
Bimbang...
Sedih...
Segala rasa kian bersatu...Namun,kami
panjatkan pengharapan kami pada Allah... Doa kami tidak putus buat
mereka..."Ya Allah,selamatkanlah mereka...Kau lindungilah mereka...Kuatkan
iman dan semangat mereka menerima ujian ini Ya Allah..."
Hanya doa yang dapat kami titipkan buat
mereka...
Kerana sungguh, sebagai sahabat
patutlah kami menjadi kayu penyokong buat mereka... Memberi untaian kata
semangat... Agar hati mereka yang berjuta rasa tak rebah dalam sekelip mata…
Barakallahulakuma
Wabarakaalaikuma
Wajama’a Bainakuma Filkhoir..
Rasulullah bersabda :
" Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis
lah syaitan." HR . Ibnu 'Addi
Terpatri sudah ikatan suci
antara dua insan yang saling mencintai...
"Apabila pasangan suami isteri
berpegangan tangan,maka akan berguguranlah dosa-dosa melalui celah-celah jari mereka"
Indahnya cinta yang didasari takwa dan iman kepada Allah.. sweet
sangat pasangan ni.. macam pinang dibelah dua..
sama cantik,sama padan..
sama cantik,sama padan..
“
Semoga ALLAH memberkati dua insan ini
dan melimpahkan berkat ke atas mereka serta menghimpunkan kedua mereka dalam
kebaikan.”
Akhir kata, kak aunie dan banie...
Akhir kata, kak aunie dan banie...
"Setia bukan kerana kita sempurna, tapi
setia kerana saling menjaga..
Sehati bukan kerana memberi, tapi sehati kerana berusaha saling memahami..
Cinta itu bukan kerana terpesona, melainkan kerana saling menerima antara satu sama lain..
Bersama bukan kerana indahnya dunia, tetapi bersama kerana redha ALLAH..
Indah bukan kerana selalu mudah, melainkan dihadapi bersama setiap kesusahan.."
Sehati bukan kerana memberi, tapi sehati kerana berusaha saling memahami..
Cinta itu bukan kerana terpesona, melainkan kerana saling menerima antara satu sama lain..
Bersama bukan kerana indahnya dunia, tetapi bersama kerana redha ALLAH..
Indah bukan kerana selalu mudah, melainkan dihadapi bersama setiap kesusahan.."
Yakinlah,
pasti akan ada kemanisan disebalik ujian ini...
Yakin dengan
janji Allah...
Allahurabbi...
Salam Persahabatan Setulus Perjuangan…
Dari Nor Jannah Jaafar