Sunday, May 11, 2014

Allah Rindu !!!


Ujian itu tanda kerinduan Tuhan pada insan...

Insan mana yang tidak pernah diuji...
Ada yang diuji dengan kesusahan..
Ada yang diuji dengan kesakitan..
Ada yang diuji dengan kehilangan..
Ada yang diuji dengan kematian...
Namun Allah telah berjanji...
  
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….
 (al-Baqarah 286)

Suatu ketika... pembacaanku terhenti...tertacap pada satu matan hadis yang membuatkanku sebak sendiri...
Mafhumnya...
"Ketika Allah merindui hambanya,Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang mana isinya adalah ujian.Dalam hadis Qudsi Allah berfirman "pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku terlalu ingin mendengar rintihannya..."
 

Ingatanku singgah pada dua orang sahabat sekuliah yang baru sahaja menempuh alam yang indah, disatukan dalam ikatan perkahwinan yang suci, namun mereka telah  diuji Illahi... Kak Aunie Wajihah dan Rabbani... keduanya telah terlibat dalam kemalangan di Johor.. berita itu mengejutkan kami semua...
Risau...
Gusar...
Bimbang...
Sedih...
Segala rasa kian bersatu...Namun,kami panjatkan pengharapan kami pada Allah... Doa kami tidak putus buat mereka..."Ya Allah,selamatkanlah mereka...Kau lindungilah mereka...Kuatkan iman dan semangat mereka menerima ujian ini Ya Allah..." 
Hanya doa yang dapat kami titipkan buat mereka...
Kerana sungguh, sebagai sahabat patutlah kami menjadi kayu penyokong buat mereka... Memberi untaian kata semangat... Agar hati mereka yang berjuta rasa tak rebah dalam sekelip mata…



Barakallahulakuma Wabarakaalaikuma  
Wajama’a Bainakuma Filkhoir.. 

Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan." HR . Ibnu 'Addi


Terpatri sudah ikatan suci antara dua insan yang saling mencintai...



"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan,maka akan berguguranlah dosa-dosa melalui celah-celah jari mereka"



 
Indahnya cinta yang didasari takwa dan iman kepada Allah.. sweet sangat pasangan ni.. macam pinang dibelah dua..
 sama cantik,sama padan..



“ Semoga ALLAH memberkati  dua insan ini dan melimpahkan berkat ke atas mereka serta menghimpunkan kedua mereka dalam kebaikan.” 


Akhir kata, kak aunie dan banie... 


"Setia bukan kerana kita sempurna, tapi setia kerana saling menjaga..

Sehati bukan kerana memberi, tapi sehati kerana berusaha saling memahami..

Cinta itu bukan kerana terpesona, melainkan kerana saling menerima antara satu sama lain..

Bersama bukan kerana indahnya dunia, tetapi bersama kerana redha ALLAH..

Indah bukan kerana selalu mudah, melainkan dihadapi bersama setiap kesusahan.."

Yakinlah, pasti akan ada kemanisan disebalik ujian ini... 
Yakin dengan janji Allah... 
Allahurabbi...

 Salam Persahabatan Setulus Perjuangan…
Dari Nor Jannah Jaafar










No comments:

Post a Comment